Wednesday, October 27, 2004

Sejuk nya mata memandang...

Assalamualaikum wbt...
Apa khabar iman sahabat semua.?? buat diri saya jugak, semoga mendapat tarbiyyah jiwa masing-masing untuk menjadi insan kamil bermula dari Ramadhan ini... :) kali ini saya nak berkongsi nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya:

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Marilah kita sama-sama mengambil pedoman, berhati-hati setiap patah kata kerana di kiri-kanan kita terdapat malaikat mencatit setiap amalan kita..marilah kita bermanis muka bukan sahaja bertemu dengan sahabat yang dikenali sahaja, kerana umat Islam yang lain jugak adalah saudara Seislam kita.. Oleh itu moga-moga apabila kita bermanis muka di harap bertambah kenalan kita, sentiasa dimurahkan rezeki dan setiap urusan kita dengan orang lain juga akan disenangi...buang yang keroh, ambil yang jernih... :)

No comments: